JENIS-JENIS OPIAT.
Opiat ialah dadah yang diperolehi daripada popi opium atau opium poppy. Dadah ini mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan dan boleh mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang.
1.Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang
diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia
selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”,
“Monkey”, “Morpho”
Morfin Mentah.
Bentuk blok / serbuk.
Mengandungi 70% – 90% morfin.
Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin.
Seperti serbuk kopi halus.
Mengandungi 60% – 70% morfin.
Pil-pil Morfin.
Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid.
Pil kecil berwarna putih / coklat
pucat.
3.Heroin.
Heroin adalah dadah jalanan yang
paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk
tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik
putih, barang, “Penang pink”
4.Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang
wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein
di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan,
kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5.Opiat Sintetik.
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan
seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan “dextropropoxyphene”.
Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam
bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam
rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
6.Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia
psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis
stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan
kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik
buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang
didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis
amfetamin sepertimethamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy
methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik,
menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)
2.Methamphetamine
Syabu / Ice
“Methaphetamine hydrochloride”
merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk
kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya
diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Alat untuk “chasing the dragon”
Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing
the dragon”)
Nama Jalanan : “Ice”
3.Kokain
Serbuk Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang
berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di
Pergunungan Andes, Amerika Selatan.
Daun Koka
Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah
di samping negara-negara Eropah.
Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu,
menghisap
Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap
dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles“. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh
menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA
Tablet yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan
amfetamin.
Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali
dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”