Thursday 18 June 2015

Anti Dadah S.M.K.Kota Kemuning


                                  Antara sebab mengapa mangsa mengambil dadah 
 
  • Mereka mengambil dadah untuk mengubah perasaan mereka. Seringkali mereka ingin mengubah situasi mereka. Sekiranya mereka kemurungan, mereka ingin gembira. Sekiranya mereka rasa tertekan atau gementar, mereka ingin merasa tenang. Dengan mengambil dadah, mereka seringkali berfikir bahawa mereka boleh menjadi seseorang yang mereka ingini
  • Untuk mengelak daripada tidur supaya mereka boleh mengulangkaji atau untuk membebaskan diri daripada kehidupan akademik mereka.
  • Mereka ingin menyesuaikan diri dan tidak mahu menjadi hanya seorang di kalangan rakan-rakan sebaya yang tidak melibatkan diri.
  • Mengambil dadah kerana mereka rasa bosan. Mereka mengambil dadah untuk mendapatkan keseronokan kerana tiada perkara lain yang menarik minat mereka.
  • Dipengaruhi oleh dunia hiburan yang menunjukkan bahawa dadah merupakan sesuatu yang menarik dan bergaya.
  • Anak muda mengambil dadah kerana mereka berfikir bahawa mereka akan kelihatan seperti orang dewasa.
  • Ada di antara mereka mengambil dadah kerana mereka ingin memberontak. Mereka beralih kepada dadah bukan untuk mereka sendiri, tetapi untuk membuat kenyatan terhadap orang lain, seperti keluarga-keluarga mereka atau masyarakat amnya. 

                                                      Akibat Ke Atas PenagihAkibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan  menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan  penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas  dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam,  pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan  berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan  penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.