Anti Dadah S.M.K.Kota Kemuning
Antara
sebab mengapa mangsa mengambil dadah
- Mereka
mengambil dadah untuk mengubah perasaan mereka. Seringkali mereka ingin
mengubah situasi mereka. Sekiranya mereka kemurungan, mereka ingin
gembira. Sekiranya mereka rasa tertekan atau gementar, mereka ingin merasa
tenang. Dengan mengambil dadah, mereka seringkali berfikir bahawa mereka
boleh menjadi seseorang yang mereka ingini
- Untuk
mengelak daripada tidur supaya mereka boleh mengulangkaji atau untuk
membebaskan diri daripada kehidupan akademik mereka.
- Mereka
ingin menyesuaikan diri dan tidak mahu menjadi hanya seorang di kalangan
rakan-rakan sebaya yang tidak melibatkan diri.
- Mengambil
dadah kerana mereka rasa bosan. Mereka mengambil dadah untuk mendapatkan
keseronokan kerana tiada perkara lain yang menarik minat mereka.
- Dipengaruhi
oleh dunia hiburan yang menunjukkan bahawa dadah merupakan sesuatu yang
menarik dan bergaya.
- Anak muda mengambil dadah kerana mereka
berfikir bahawa mereka akan kelihatan seperti orang dewasa.
- Ada
di antara mereka mengambil dadah kerana mereka ingin memberontak. Mereka
beralih kepada dadah bukan untuk mereka sendiri, tetapi untuk membuat
kenyatan terhadap orang lain, seperti keluarga-keluarga mereka atau
masyarakat amnya.
Akibat Ke Atas PenagihAkibat
yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab
kepada
kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah
tenaga ,malas
dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks,
pitam,
pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan
berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan
penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti
kancing gigi, mandul dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment