Friday 22 May 2015

DADAH OPIAT

  JENIS-JENIS OPIAT.

Opiat ialah dadah yang diperolehi daripada popi opium atau opium poppy. Dadah ini mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan dan boleh mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang. 

1.Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.



2. Morfin


Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.  
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

Morfin Mentah.

Bentuk blok / serbuk.

Bertanda “999”.

Mengandungi 70% – 90% morfin.

Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin.

Seperti serbuk kopi halus.

Mengandungi 60% – 70% morfin.

Pil-pil Morfin.

Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid.

Pil kecil berwarna putih / coklat pucat.

3.Heroin.

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”

4.Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : Ubat batuk

5.Opiat Sintetik.

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik

Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

6.Stimulan

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin sepertimethamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)


2.Methamphetamine



Syabu / Ice


“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.

Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk “chasing the dragon”

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)


Nama Jalanan : “Ice”

3.Kokain


Serbuk Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.


Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles“. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

Tablet yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.
Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan

Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”





No comments:

Post a Comment