Monday 17 August 2015

Temu ramah bersama AADK





Ini merupakan maklumat tentang dadah yang mungkin akan menjadi berguna untuk dijadikan pengetahuan asas . Maklumat ini diperoleh hasil daripada sesi temu ramah dengan salah seorang pegawai yang bertugas dalam bas pameran agensi anti dadah kebangsaan .


Temu ramah bersama PDRM



Ini merupakan maklumat ringkas yang dapat kami perolehi hasil daripada sesi temu ramah bersama Encik rohaizak daripada rombongan yang mengiringi bas pameran PDRM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning  . Beliau merupakan antara pegawai tinggi yang menguruskan perihal jenayah di Malaysia .

sektor dadah PDRM

ANTI DADAH PDRM



Penguatkuasaan undang-undang dalam membanteras masalah dadah ialah tanggungjawap mutlak setiap pegawai dan anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak kira di bahagian mana mereka berkhidmat. Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 3(3) Akta Polis 1967 yang menekankan bahawa tanggungjawap setiap pegawai dan anggota polis ialah menangkap dan mendakwa mana-mana pesalah kerana melakukan apa jua kesalahan.

Walau bagaimanpun, pada tahun 1972, apabila ancaman dadah terus meningkat, kerajaan telah menubuhkan sebuah agensi yang dinamakan Pusat Biro Nakotik. Pusat Biro Nakotik(PBN) telah diletakkan di bawah undang-undang dalam usaha menguatkuasakan undang-undang untuk masalah dadah dalam negara. Pegawai dan anggota biro ini adalah dipilih khas terutamanya daripada Jabatan Polis, Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen.

Sementara itu, dalam tahun 1975 satu bahagian yang dikenali dengan nama Unit Anti Dadah (D8) telah ditubuhkan bi bawah Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Polis DiRaja Malaysia. Objektif utama Unit Anti Dadah ialah untuk membanteras masalah dadah dalam negara dengan menguatkuasakan undang-undang dadah yang sedia ada. Namun begitu, bahagianbahagian lain dalam Jabatan Polis masih mempunyai tanggungjawap yang sama dalam mengawal masalah dadah. Pusat Biro Nakotik dibubarkan pada bulan Julai 1979. Agensi-agensi lain seperti Jabatan Kastam dan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan juga tertakluk dalam usaha membanteras dadah mengikut bidang tugas masing-masing.

Pada awal tahun 1980, Unit Anti Dadah (D8), Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah diubahsuai serta dibesarkan dan seterusnya dinamakan Cawangan Anti Dadah (CAD), Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM. Dengan wujudnya CAD, maka segala tugas penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan dadah sebelum ini dilaksanakan oleh semua bahagian Jabatan Polis telah disatukan dan dipertanggungjawabkan kepada CAD.

Namun begitu, bukanlah bermakna anggota polis daripada lain-lain bahagian terlepas daripada tanggungjawab membanteras dadah dengan wujudnya CAD. Mereka masih lagi mempunyai tanggungjawab yang sama selaras dengan peruntukkan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, tetapi penekanan, perhatian dan penumpuan khas terhadap masalah dadah adalah tanggungjawab utama pegawai dan anggota CAD. Pada tahun 1996, CAD dinaikkan taraf sebagai Jabatan Narkotik.

Peranan Jabatan Narkotik,PDRM





Objektif utama Jabatan Narkotik, PDRM ialah untuk memberi penekanan dan tumpuan khas terhadap masalah dadah dalam negara dengan menyatu dan merancang program serta aktiviti penguatkuasaan undang-undang supaya ianya dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Jabatan Narkotik, PDRM mempunyai bidang tugas seperti berikut:

* Mengumpul risikkan yang berkaitan dengan pengedaran dadah
* Menyiasat, memberkas dan mendakwa ke muka pengadilan, pengedar-pengedar dan ahli sendikit dadah
* Menyekat penyeludupan dadah ke dalam negara, termasuk bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
* Tukar menukar maklumat risikkan dengan agensi-agensi luar negeri dan juga tempatan
* Menyediakan latihan tempatan dan luar negeri untuk pegawai-pegawai.
* Penguatkuasaan undang-undang bersabit dengan tahanan pencegahan
* Menahan penagih-penagih dadah untuk tujuan rawatan dan pemulihan
* Menyelaras dan menyelia pergerakkan dan kegiatan bekas-bekas penagih / pesalah dadah
* Memelihara rekod, butir dan perangkaan mengenai penagihan / penyeludupan / pengedaran dan penjualan dadah


Sunday 16 August 2015

Agensi anti dadah kebangsaan ( AADK )

Agensi Antidadah Kebangsaan atau nama singkatanya iaitu AADK telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).



Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Antidadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara



Peranan mereka adalah untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.

Monday 10 August 2015

D.A.R.I.H


Perkataan D.A.R.I.H membawa maksud :

D-      Dadah
A-  Alkhohol
R-      Rokok
I-    Inhalan
   H-  HIV/AIDS




DADAH
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Menurut Kamus Dewan Melayu - 

Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. 
Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.



ALKOHOL
Alkohol organik (mengandung karbon) senyawa yang berasal dari hidrokarbon (senyawa organik yang terdiri dari hanya karbon dan hidrogen). Mereka dibentuk dengan mengganti atom hidrogen dalam hidrokarbon orang tua mereka dengan satu atau lebih gugus hidroksil. Setiap kelompok hidroksil (OH) terdiri dari satu atom oksigen dan satu atom hidrogen dan disebut sebagai kelompok fungsional. Kelompok fungsional umumnya menentukan bagaimana molekul akan berperilaku. Alkohol dengan satu gugus hidroksil termasuk metanol, etanol, propanol.
Alkohol diberi nama dari hidrokarbon orang tua mereka dengan menggantikan akhiran -ol untuk -e akhir. Sebagai contoh, etana menjadi etanol, metana menjadi metanol, dan propana menjadi propanol.
Semakin rendah berat alkohol yang molekul (ditentukan oleh jumlah atom karbon), semakin larut itu (atau semakin mudah dapat larut) dalam air. Sejumlah besar gugus hidroksil (-OH) juga meningkatkan kelarutan air karena ikatan hidrogen dapat membentuk antara molekul alkohol dan air. Sebagai jumlah atom karbon meningkat, ikatan hidrogen terganggu dan kelarutan dalam air berkurang. Ikatan hidrogen juga merupakan faktor dalam titik didih alkohol. Dalam hal ini, ikatan hidrogen dapat terbentuk antara atom hidrogen dan oksigen dalam molekul yang berdekatan (molekul yang terletak di sebelah satu sama lain). Ketika alkohol dipanaskan, energi yang diperlukan untuk memutuskan ikatan ini menentukan titik didih. Semakin banyak gugus hidroksil molekul alkohol, semakin tinggi titik didihnya.

ROKOK
Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hintga 120mm dengan diameter 10mm berbeza mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantong. Sejak beberapa tahun terakhir, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai pesan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan yang dapat ditimbulkan dari merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung(walapun pada kenyataanya itu hanya tinggal hiasan, jarang sekali dipatuhi).


INHALAN
Inhalan adalah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, dan cat.
Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.
Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian sel otak. Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penagih inhalan yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal. Kadangkala inhalan ini turut digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.

HIV/AIDS
Untuk makluman semua, HIV dan AIDS adalah dua perkara yang tidak sama.
APAKAH ITU HIV ?
Pengertian HIV merupakan singkatan dari 'Human Immunodeficiency Virus'. HIV adalah suatu virus yang dapat menyebabkan penyakit AIDS. Virus ini menyerang manusia dan menyerang sistem kekebalan (imunitas) tubuh, sehingga tubuh menjadi lemah dalam melawan infeksi. Dengan kata lain, kehadiran virus ini dalam tubuh akan menyebabkan defisiensi (kekurangan) sistem imun. 

APAKAH ITU AIDS ?

Definisi AIDS adalah singkatan dari 'Acquired Immunodeficiency Syndrome / Acquired Immune Deficiency Syndrome' yang menggambarkan berbagai gejala dan infeksi yang terkait dengan menurunnya sistem kekebalan tubuh. Infeksi HIV telah ditahbiskan sebagai penyebab AIDS. Tingkat HIV dalam tubuh dan timbulnya berbagai infeksi tertentu merupakan indikator bahwa infeksi HIV telah berkembang menjadi AIDS.








Karnival 3K pendidikan pencegahan dadah S.M.K Kota Kemuning

Kempen Pencegahan Dadah

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah adalah dengan mengadakan kempen yang menyediakan gambaran yang lebih jelas tentang keburukan penyalahgunaan dadah dalam masa yang sama dapat memberi kesedaran kepada pemuda-pemuda di Malaysia. 

Pada 3 Ogos 2015 ,Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning telah mengadakan kempen  pendidikan pencegahan dadah betujuan untuk memupuk amalan 3K yang membawa maksud kebersihan, kesihatan dan keselamatan dalam hati setiap murid di sekolah.

Pengetua bersama dengan semua pegawai PPD klang melawat bas pameran PDRM
Segala maklumat tentang D.A.R.I.H iaitu Dadah , Alkohol ,Rokok ,Inhalan ,HIV/AIDS dipamerkan seperti cara mengubati ketagihan dadah atau rokok secara tradisional , organisasi belia anti-dadah  dan jenis-jenis atau akibat dadah.



Bas pameran PDRM juga turut hadir untuk menerangkan tentang akta undang-undang berkaitan dadah dan penyebaran tentang pencegahan jenayah yang sering berlaku dalam kalangan muruid-murid sekolah . Antara jenayah yang sering berlaku seperti rogol,buli , culik , terlibat dengan kumpulan kongsi gelap dan mencuri.



Selain itu bas pameran AADK juga turut hadir memeriahkan Karnival 3K SMK Kota Kemuning. Pegawai AADK Klang telah memberikan banyak maklumat tentang bahaya dadah kepada murid murid SMK Kota Kemuning.