Monday 10 August 2015

Karnival 3K pendidikan pencegahan dadah S.M.K Kota Kemuning

Kempen Pencegahan Dadah

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah adalah dengan mengadakan kempen yang menyediakan gambaran yang lebih jelas tentang keburukan penyalahgunaan dadah dalam masa yang sama dapat memberi kesedaran kepada pemuda-pemuda di Malaysia. 

Pada 3 Ogos 2015 ,Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning telah mengadakan kempen  pendidikan pencegahan dadah betujuan untuk memupuk amalan 3K yang membawa maksud kebersihan, kesihatan dan keselamatan dalam hati setiap murid di sekolah.

Pengetua bersama dengan semua pegawai PPD klang melawat bas pameran PDRM
Segala maklumat tentang D.A.R.I.H iaitu Dadah , Alkohol ,Rokok ,Inhalan ,HIV/AIDS dipamerkan seperti cara mengubati ketagihan dadah atau rokok secara tradisional , organisasi belia anti-dadah  dan jenis-jenis atau akibat dadah.



Bas pameran PDRM juga turut hadir untuk menerangkan tentang akta undang-undang berkaitan dadah dan penyebaran tentang pencegahan jenayah yang sering berlaku dalam kalangan muruid-murid sekolah . Antara jenayah yang sering berlaku seperti rogol,buli , culik , terlibat dengan kumpulan kongsi gelap dan mencuri.



Selain itu bas pameran AADK juga turut hadir memeriahkan Karnival 3K SMK Kota Kemuning. Pegawai AADK Klang telah memberikan banyak maklumat tentang bahaya dadah kepada murid murid SMK Kota Kemuning. 




No comments:

Post a Comment