Monday 17 August 2015

sektor dadah PDRM

ANTI DADAH PDRM



Penguatkuasaan undang-undang dalam membanteras masalah dadah ialah tanggungjawap mutlak setiap pegawai dan anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak kira di bahagian mana mereka berkhidmat. Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 3(3) Akta Polis 1967 yang menekankan bahawa tanggungjawap setiap pegawai dan anggota polis ialah menangkap dan mendakwa mana-mana pesalah kerana melakukan apa jua kesalahan.

Walau bagaimanpun, pada tahun 1972, apabila ancaman dadah terus meningkat, kerajaan telah menubuhkan sebuah agensi yang dinamakan Pusat Biro Nakotik. Pusat Biro Nakotik(PBN) telah diletakkan di bawah undang-undang dalam usaha menguatkuasakan undang-undang untuk masalah dadah dalam negara. Pegawai dan anggota biro ini adalah dipilih khas terutamanya daripada Jabatan Polis, Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen.

Sementara itu, dalam tahun 1975 satu bahagian yang dikenali dengan nama Unit Anti Dadah (D8) telah ditubuhkan bi bawah Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Polis DiRaja Malaysia. Objektif utama Unit Anti Dadah ialah untuk membanteras masalah dadah dalam negara dengan menguatkuasakan undang-undang dadah yang sedia ada. Namun begitu, bahagianbahagian lain dalam Jabatan Polis masih mempunyai tanggungjawap yang sama dalam mengawal masalah dadah. Pusat Biro Nakotik dibubarkan pada bulan Julai 1979. Agensi-agensi lain seperti Jabatan Kastam dan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan juga tertakluk dalam usaha membanteras dadah mengikut bidang tugas masing-masing.

Pada awal tahun 1980, Unit Anti Dadah (D8), Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah diubahsuai serta dibesarkan dan seterusnya dinamakan Cawangan Anti Dadah (CAD), Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM. Dengan wujudnya CAD, maka segala tugas penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan dadah sebelum ini dilaksanakan oleh semua bahagian Jabatan Polis telah disatukan dan dipertanggungjawabkan kepada CAD.

Namun begitu, bukanlah bermakna anggota polis daripada lain-lain bahagian terlepas daripada tanggungjawab membanteras dadah dengan wujudnya CAD. Mereka masih lagi mempunyai tanggungjawab yang sama selaras dengan peruntukkan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, tetapi penekanan, perhatian dan penumpuan khas terhadap masalah dadah adalah tanggungjawab utama pegawai dan anggota CAD. Pada tahun 1996, CAD dinaikkan taraf sebagai Jabatan Narkotik.

Peranan Jabatan Narkotik,PDRM





Objektif utama Jabatan Narkotik, PDRM ialah untuk memberi penekanan dan tumpuan khas terhadap masalah dadah dalam negara dengan menyatu dan merancang program serta aktiviti penguatkuasaan undang-undang supaya ianya dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Jabatan Narkotik, PDRM mempunyai bidang tugas seperti berikut:

* Mengumpul risikkan yang berkaitan dengan pengedaran dadah
* Menyiasat, memberkas dan mendakwa ke muka pengadilan, pengedar-pengedar dan ahli sendikit dadah
* Menyekat penyeludupan dadah ke dalam negara, termasuk bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
* Tukar menukar maklumat risikkan dengan agensi-agensi luar negeri dan juga tempatan
* Menyediakan latihan tempatan dan luar negeri untuk pegawai-pegawai.
* Penguatkuasaan undang-undang bersabit dengan tahanan pencegahan
* Menahan penagih-penagih dadah untuk tujuan rawatan dan pemulihan
* Menyelaras dan menyelia pergerakkan dan kegiatan bekas-bekas penagih / pesalah dadah
* Memelihara rekod, butir dan perangkaan mengenai penagihan / penyeludupan / pengedaran dan penjualan dadah


No comments:

Post a Comment